Ada segelintir berpendapat bahawa facial menyakitkan.Muka akan jd merah & bengkak selepas dirawat..Adakah ini benar.? Rawatan Facial & Spa amat diminati dikalangan wanita mahupun lelaki yg berkejaya masa kini.Cara @ kaedah rawatan facial yg dilakukan oleh terapi yg melakukan rawatan adalah penting utk memastikan muka tidak merah & bengkak.Pastikan terapi yg mengedalikan adalah yg terlatih & berpengalaman.
Ramai diantara kita berfikir bahawa rawatan facial ini mudah utk dilakukan dirumah mahupun di pusat-pusat kecantikan.Akan tetapi ia tidak semudah seperti yg disangka.Bagi seorang Terapi Kecantikan teknik dan cara urutan yg betul perlu dititik beratkan.Mengenal pasti jenis rawatan yg sesuai utk satu-satu individu adalah berbeza dr segi jenis kulit & masalah yg dihadapi oleh setiap pelanggan yg dtg..Setiap masalah yg diajukan mesti ada jawapan & jalan penyelesaian.Secara umumnya sel kulit mati akan tumbuh setiap 28 hari selepas rawatan.Facial perlu dibuat sekerap 2x sebulan utk memastikan kulit muka sentiasa segar,licin dan gebu.Bayangkan sekiranya ada diantara kita TIDAK PERNAH MELAKUKAN FACIAL maka mukanya akan menjadi TEBAL,KASAR,KUSAM dan GELAP. Ungkapan kata-kata KULIT NIPIS biasa kita dengari apabila seseorg itu mula memakai apa-apa produk yg punyai proses penglupasan.Istilah nipis yang dimaksudkan adalah nipisnya sel kulit mati yg telah lama menebal di pemukaan kulit muka dan bukannya kulit muka asalnya..Pengunaan produk penglupasan hanya menpercepatkan proses mengeluarkan sel kulit mati dari lapisan luar kulit muka.Penglupasan akan terhenti sekiranya tiada lagi sel kulit mati yg degil melekat diwajah.Cara yg PALING SELAMAT utk menganggalkan sel kulit mati adalah dengan melakukan FACIAL.
Setelah mengenal pasti masalah & jenis kulit,langkah pertama cuci dgn mengunakan cleansing milk/susu pembersih(utk menanggalkan makeup) kemudian penggunaan clensing foam/soap(bergantung kpd jenis kulit),disusuli dgn scrub(utk kulit jerawat tidak boleh discrub ini kerana ia akan merebakkan lagi pertumbuhannya).Wap sejuk digunakan utk melembutkan liang roma (penggunaan wap panas tidak digalakkan kerana muka akan menjadi merah),vakum @"skin scruber"(menyedut keluar segala kotoran,jerawat,bintik hitam/putih,minyak2 muka serta sel kulit mati).Pengguna serum memain peranan yg besar dlm rawatan,pemilihan serum yg betul adalah penting utk menyelesaikan masalah kulit yg dihadapi.Serum disapu keseluruh muka dgn urutan lembut seolah membelai wajah dgn penuh kasih sayang dgn arah urutan menaik(dari bawah dagu ke atas).Di ikuti dgn penggunaan "gavenic"utk pencepatkan proses penyerapan dan utk mengangkat semula otot2 muka yg lesu.Di akhir rawatan pengunaan masker/pupur utk melengkapkan rawatan facial tadi.Cara serta kaedah baru ini tidak diperlukan lagi pengunaan "extraction"@ pemicitan jerawat,bintik hitam dan bintik putih.Muka tidak lagi menjadi merah atau bengkak.Kulit menjadi halus,licin dan cerah setelah selesai rawatan.
Ingin mencuba rawatan facial boleh hubungi 016-629 3007 Pn.Nelly Arifin pemilik Putri Timur Spa utk tetapkan temujanji..PASTI FACIAL TIDAK SAKIT LAGI.!! SELAMAT MENCUBA..
KAT mana nie ea?
ReplyDelete