Apa itu JERAWAT??
Jerawat terbahagi kpd beberapa jenis iaitu Jerawat Batu,Jerawat Pasir & Jerawat Resdung..
Apa perbezaannya??
Bagi jerawat batu saiznya yg agak besar,membengkak serta bernanah..Jerawat pasir iaitu jenis jerawat yg bersaiz kecil,halus & berbiji-biji..Manakala jerawat resdung ianya membengkak merah,tumbuh rapat2 diantara satu sama lain & tidak bermata
.
Apa yg menyebabkan berlakunya jerawat??
Kebersihan adalah faktor utama kerana ketiadaan displin dlm penjagaan harian seperti rutin setiap hari mencuci muka setelah seharian keluar berkerja & memakai mekap yg tebal (bg wanita).Tiada pengetahuan mengenai penjagaan kebersihan diri & pesekitaran serta pemakanan yg tidak seimbang banyak menyumbang kepada berlakunya pertumbuhan jerawat.
Apa kaitannya??
Apabila seharian kita keluar berkerja,kita terdedah kpd habuk,udara yg kotor,asap2 dr kenderaan,mekap yg tebal,muka yg berminyak,kuman-kuman bakteria yg terdapat didlm udara yg kita sedut setiap hari.Segala kotoran td akan melekat diwajah sehingga meyebabkan liang roma kulit muka kita akan tersumbat & akhirnya mengakibatkan tumbuhnya jerawat.
Bagaimana cara utk mengatasinya??
Muka perlu dicuci setiap hari menggunakan sabun pencuci @ gel pembersih muka.Elakkan dr memakai sebarang produk jenis yg bercream baik siang atau pun malam.Bagi mereka yg berkulit berminyak & berjerawat perlu mencuci muka lebih kerap iaitu 3x sehari (pagi,tgh hari & mlm) berbanding mereka yg berkulit kering & normal hanya 2x sehari (pagi & mlm) sudah memadai.
Amalkan makanan seimbang iaitu banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tomato.Kerana dlm tomato (bahagian yg masam) terdapat beberapa jenis vitamin A,B,C & E yg dpt mengawal pertumbuhan jerawat & membasmi kuman punca jerawat serta menghilangkan parut.Minum banyak air masak secukupnya iaitu 8 gelas @ 5 botol air mineral bersaiz kecil sehari.Bagi mereka yg punyai jerawat jenis resdung dilarang memakan ayam,telur & makanan laut kecuali ikan.Cuba tahan nafsu makan selama sebulan pastinya hilang semua jerawat..(belum cuba belum tahu)
Ada MITOS yg mengarut mengatakan "Kulit muka berjerawat tidak perlu dicuci selalu jika tidak kulit akan jadi kering & akan menjadikan muka berminyak".KENYATAAN INI TIDAK BENAR SAMA SEKALI..!!
Kulit manusia terbahagi kepada 5 jenis iaitu kulit normal,kulit kering/matang,kulit berminyak,kulit sensitif & kulit kombinasi diantara kering & berminyak.Cara utk mengenali kulit berminyak ialah liang roma @ pori-pori kulit muka agak besar & mengeluarkan minyak yg banyak jika berada di tempat yg panas atau terdedah kpd matahari secara terus.Kulit kering tidak menghasilkan minyak kerana kekurangan lembapan air didlm tubuh & liang romanya agak rapat.Meraka yg berkulit kering/matang biasanya berlaku kepada org yg telah berusia didlm lindungan 40 tahun keatas.Mereka ini perlu menggunakan cream utk melembapkan semula kulit. Manakala kulit sensitif akan kelihatan beberapa utas urat tertera dipipi.Mereka yg berkulit seperti ini perlu berhati-hati dlm memilih produk pencuci muka jika tidak muka akan mudah merah & mengelupas teruk jika tidak sesuai dgn kulit.Bagi kulit kombinasi ianya campuran antara kering & berminyak.Kawasan yg berminyak akan berlaku di permukaan dahi,hidung & dagu manakala kawasan kering berada di bahagian pipi..Akhir sekali kulit yg paling cantik iaitu kulit normal,mereka yg punya kulit sebegini amat beruntung kerana liang roma yg cukup halus & kadar lembapan yg semulajadi,tidak terlalu berminyak & tidak pula terlalu kering.
Cara lain utk rawat jerawat adalah dgn dtg ke mana-mana Pusat Kecantikan dapatkan Rawatan Facial yg bersesuaian dgn masalah yg dihadapi serta nasihat dari Perunding/Juruterapi Kecantikan yg punyai kepakaran dlm bidang berkaitan & bertauliah.Dilarang sama sekali memicit sendiri jerawat kerana ianya akan meninggalkan kesan parut hitam, pemukaan kulit muka akan berlubang serta merebaknya kuman bakteria keseluruh muka pastinya akan mencacatkan penampilan.Serahkan kepada pakar & ikut nasihat yg diberi Insya Allah berkesan.
No comments:
Post a Comment