Sunday, 23 September 2012

Apa itu "COLLAGEN"??

Berbagai-bagai persoalan mengenai apa itu 'collagen'? Apa fungsi 'collagen'? Bagaimana tindakbalas 'collagen' terhadap kulit manusia? Apakah perbezaan di antara Facial Collagen Treatment @ bahasa melayunya Rawatan Muka Collagen & Minuman Collagen?

Collagen ialah sejenis Protin yg terdapat dlm tisu-tisu otot,permukaan kulit muka,gigi,tulang dan di seluruh tubuh badan manusia.Kebiasaannya Collagen banyak terdapat daripada haiwan.Haiwan yg tinggi kandungan Collagennya ialah ikan.Rupa,usia ditentukan oleh sisteina sejenis antioksida yg penting dlm tubuh manusia iaitu Glutation.Ia bertindak melindungi tubuh daripada kesan-kesan penuaan,menggalakkan pertumbuhan sel-sel tisu yg baru,menuteralkan kesan pencemaran toksit & mencegah penyakit..Glutation akan berkurangan apabila usia mencecah 20 tahun keatas.Kulit manusia terdapat 3 lapisan iaitu Dermis,Epidermis dan Hypedermis.Permukaan lapisan kulit yg terdapat hampir 80% collagen ialah dermis iaitu lapisan kulit yg paling atas..Collagen pula terhasil daripada gabungan zink & kuprum terbukti berkesan merangsang pertumbuhan tisu-tisu baru dan meningkatkan struktur sintesis protin.Kebaikkan collagen ialah menganjalkan,melembapkan, mengetatkan semula sel-sel otot, mengurangkan garis-garis halus serta kedutan,mengurangkan jeragat,mencerah,memutihkan dan melembutkan semula kulit.Collagan terbahagi kepada 2 jenis iaitu Rawatan Muka & Minuman Collagen.Perbezaannya ialah rawatan muka lebih kepada kawasan permukaan kulit iaitu dermis dan epidermis.Manakala minuman collagen lebih merangsang kepada sistem dalaman badan manusia.

"Facial Collagen Treatment" bertindak merawat semula masalah kedutan dan muka yg kendur @ jatuh disebabkan oleh faktor usia.Rawatan ini banyak menggunakan mesin tertentu serta cara dan arah urutan muka yg betul utk mengangkat semula otot2 muka turut dibantu juga dgn penggunaan gel dan serum semasa proses rawatan.Rawatan ini biasanya memakan masa selama 2 jam utk sekali rawatan dan penggunaan masker di akhir rawatan amat memberi kesan yg positif terhadap kulit muka.Rawatan ini perlu dilakukan sebanyak 2x dlm masa sebulan selama setahun dan sesudah itu kekalkan rawatan sekali setiap bulan yg seterusnya.

Minuman Collagen amat bagus jika diamalkan setiap hari.Ia bergantung kepada keperluan tubuh badan seseorang individu.Mengambil minuman collagen dapat memberi kesan yg cepat kepada pengamalnya dari segi kesihatan akan tetapi carilah collagen yg tidak banyak mengandungi bahan-bahan yg merangsang kepada hormon.Seeloknya carilah produk minuman collagen yg benar-benar menggandungi collagen semata-mata.Ini kerana kesannya akan nampak seawal 7 hari dan ia juga bergantung kepada individu.Kesan yg paling getara akan nampak pada telapak kaki yg mana sebelum ini mengalami kulit pecah-pecah,kering,pucat dan merekah disebabkan oleh penggunaan kasut tumit tinggi,banyak berdiri @ berjalan.Dengan mengamalkan minuman collagen telapak kaki akan kembali merah dan halus seperti sediakala.Selain itu kulit muka akan menjadi lembap,cerah dan tegang serta kulit badan terasa begitu halus dan lembut.Rawatan muka dan amalan meminum collagen perlu seiring sekiranya anda mahukan kesan yg memuaskan..
Semoga segala maklumat yg saya kongsikan dapat memberi panduan kepada anda semua untuk membuat pilihan yg terbaik utk diri anda sendiri..



1 comment:

  1. Slots - Casino Finder - Mapyro
    › mapyro 대전광역 출장샵 › mapyro 경상남도 출장안마 Find the best slots on 경상남도 출장샵 Mapyro. The only casino on the titanium tube internet to play games like blackjack, slots, 안성 출장샵 roulette, keno and more!

    ReplyDelete