Ramai orang tidak terfikir eliment bahan galian seperti emas dan mutiara boleh dijadikan sebahagian bahan kecantikan yg dpt memberikan kesan penyerapan yg bagus terhadap kulit.. Hari ini saya mengperkenalkan mengenai rawatan facial dgn menggunakan produk yg diasaskan dgn menggunakan serbuk mutiara sebagai bahan utama dlm perawatan muka.Sepanjang penglibatan saya dlm bidang kecantikan,berbagai-bagai ragam manusia telah saya temui hampir setiap hari dan bermacam-macam masalah kulit muka yg saya berusaha merawat sepanjang hari dgn menggunakan pelbagai teknik rawatan yg terdapat di pusat kecantikan saya ini.
Masalah yg lazim saya rawat adalah masalah jerawat(terbahagi kpd 3jenis iaitu jerawat batu,jerawat resdung & jerawat biasa),jeragat(ada yg tebal & nipis),kedutan(kasar & halus di seluruh muka serta keliling mata),lebam @ eyebags kawasan mata dan "sunburn"..
Kebiasanya pelanggan akan memilih produk dan rawatan yg bertindak utk mencerahkan kulit setiap kali menggunjungi mana-mana pusat kecantikan @ salon-salon tertentu.Tetapi di Pusat Kecantikan Putri Timur,saya lebih mengsyorkan Pearl Facial Treatment iaitu rawatan facial dgn menggunakan produk yg telah dicampurkan dgn serbuk mutiara.Ini kerana rawatan ini akan memberi kesan yg lebih efektif dari yg lain.Bagi mereka yg punyai masalah "sunburn" agak sukar utk menggembalikan semula warna kulit muka seperti sediakala.Tindakbalas produk yg mengandungi serbuk mutiara pd kulit muka yg terkena pancaran matahari @ "sunburn" akan sekaligus dpt menghilangkan kemerahan,kepedihan dan meratakan semula warna kulit.Rawatan ini juga bagus bagi mereka yg punyai kulit yg agak sensitif.Sepanjang proses rawatan wap sejuk digunakan utk menyejukkan kembali muka yg merah dan pedih disebabkan oleh pancaran matahari.Beberapa produk digunakan seperti sabun,cream,gel,serum dan masker @ pupur disapu & diurut secara lembut keseluruh muka dgn menggunakan pelbagai teknik secara berperingkat.Semua produk yg digunakan ini telah dicampurkan dgn eliment serbuk mutiara.
Hasilnya jelas sekali terbukti selepas rawatan tiada lagi kemerahan,kepedihan dan warna kulit kembali seperti sediakala malah lebih nampak lembut,halus dan bermaya serta bercahaya.Kecariaan dan kegembiraan terpancar diwajah pelanggan saya selepas rawatan sudah cukup memuaskan hati saya sebagai seorang perunding kecantikan..
No comments:
Post a Comment