Tuesday, 27 November 2012

Apa itu Resdung?

Resdung apa yg anda faham dgn maksudnya?

Resdung bukanlah sejenis penyakit akan tetapi ia adalah gejala penyakit yg agak merbahaya jika tidak dirawat segera. Menurut beberapa pakar perubatan altenetif berkata "Berdasarkan ujian ke atas daging yg dikeluarkan daripada rongga sainus beberapa pesakit resdung ada yg disahkan penyakit TB,kulat,virus dan bakteria".Menurutnya apabila dinding luar & dalam hidung membengkak akan menyebabkan pengerakkan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.Malah jangkitan resdung boleh merebak ke bahagian otak dan akhirnya boleh menyebabkan seseorang itu radun @ buta..Punca utama ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor iaitu alahan terhadap habuk,hama-hama bantal/tilam,haiwan peliharaan serta genetik (alahan yg diwarisi dari org tua kpd anak).Selain itu gejala yg biasa dialami oleh pengidap resdung ialah gatal-gatal di kawasan mata/hidung/telinga & badan,jerawat belakang badan,rambut gugur,kelimumur,kulit kepala menebal/kasar dan lain-lain lagi.

Rawatan Altenetif boleh dilakukan utk mengurangkan gejala-gejala ini dari terus berlaku.Sebagai contoh ada beberapa rawatan resdung yang biasa dilakukan iaitu Rawatan Resdung Bekam Asap,Rawatan Resdung Tarik Lendir dan Rawatan Resdung Ear Candling.Semua rawatan ini memberi kesan positif jika dilakukan secara konsisten. Perbezaan diantara rawatan ini ialah cara ia lakukan :-
1) Rawatan Resdung Bekam Asap
   *Ia di lakukan keatas muka pengidap secara berbaring dgn menggunakan sejenis kain yg di salut madu dan beberapa ramuan lain bertujuan utk mengeluarkan hama-hama resdung melalui asap yg terhasil dari kain tersebut.Kain yg sudah siap di salut akan digulung berbentuk "kon" dan di bakar bahagian atasnya lalu asap akan keluar dr bahagian bawah 'kon' tadi.Kemudian di letakkan ke atas muka pengidap resdung.Rawatan ini mengambil masa lebih kurang 30 min.Ianya perlu di lakukan sekerap 3x berturut-turut dlm masa 2 minggu.
2) Rawatan Resdung Tarik Lendir
   *Rawatan ini biasa di lakukan di kampung-kampung dgn mengunakan sejenis herba yg telah di hancurkan sehingga halus bersama cecair tertentu,di masukkan melalui hidung.Pengidap perlu meyedup herba yg telah di masukkan tadi dan kemudian pengidap perlu tundukkan muka ke dalam mangkuk/plastik yang disediakan.Dalam beberapa saat pengidap akan merasa pedih hidung,loya tekak dan terbatuk-batuk disusuli dgn cecair seperti hingus dan kahak (berwarna cokelat kehitaman dan kuning kehijauan) keluar melalui hidung dan mulut.Rawatan ini mengambil masa 45 min.Kekerapan yg di syorkan bergantung kepada tahap kesihatan pengidap resdung itu sendiri.
3) Rawatan Resdung Ear Candling
   *Rawatan ini pula amat popular di Spa-spa kecantikan di seluruh dunia.Akan tetapi tidak semua rawatan Ear Candling ini bertujuan utk merawat resdung.Kebanyakkan yg dilakukan kebiasaannya lebih kepada utk merehatkan minda dan badan semata-mata.Di Malaysia hanya segelintir sahaja yg membuat rawatan ini.Rawatan ini juga boleh dilakukan oleh mereka yg punyai penyakit asma/lelah kerana ia tidak melemaskan dan tidak menganggu penafasan individu tersebut.Rawatan ini di lakukan secara baring menggereng,lilin di masukkan dahagian pangkalnya kedlm teling dan di bahagian hujungnya pula dibakar.Urutan ringan di lakukan di dahagian muka,kepala dan bahu.Rawatan ini mengambil masa selama 60 min.Kekerapan yg di syorkan 3x berturut-turut dalam masa sebulan.

Hasilnya amat meyakinkan hanya beberapa kali rawatan sahaja pengidap resdung dapat merasa perubahan yg mendadak dari segi penafasan yg semakin baik,tiada lagi kegatalan hidung,muka,telinga dan badan, tiada lagi bersin-bersin di waktu pagi dan tiada lagi jerawat di muka atau di belakang badan.Selain itu pemakanan perlu juga di jaga utk mengelakkan dari berulangnya resdung ini selepas rawatan.Elakkan atau kurangkan pengambillan ayam,telur dan makanan laut selama tempoh rawatan.Diharap semua maklumat yg saya kongsikan ini dapat membantu anda dalam memilih rawatan dan menambahkan pengetahuan dalam Rawatan Altenetif ini.

Sekiranya anda ingin mencuba mana-mana rawatan diatas atau ingin mengetahui lebih lanjut,anda boleh hubungi saya di talian 016-629 3007 Pn.Nelly Arifin- Putri Timur Beauty Spa.
 

No comments:

Post a Comment