Sunday, 28 October 2012

Asas Cuci Muka & Tips Jagaan Harian..

Banyak laman sesawang yg memberikan panduan beberapa cara cucian muka..Akan tetapi tidak lah semuanya yg benar2 betul..Untuk dapatkan kulit muka yg licin,bersih,segar dan bebas dr sebarang jerawat memerlukan penjagaan yg berterusan..Penggunaan Set Asas Penjagaan Harian adalah penting, diantaranya ialah Pencuci Muka, Toner/Penyegar, Moisturizer/Pelembap, S.block/Pelindung Matahari, Krim malam/Acne gel..Disini di sertakan panduan utk mengenali set asas yg bersesuaian mengikut jenis kulit. 

Kulit Berminyak & Berjerawat

1) Pilihlah pencuci muka yg berjenis gel atau sabun kerana ia bertindak membersihkan kotoran yg halus,membuang minyak muka yg terkandung di dalam liang roma serta mengeringkan jerawat.Ini kerana ia berunsulkan air yg mudah diserap di permukaan kulit..Arah cucian yg betul adalah berbentuk bulatan melawat arah jarum jam di mulai dari dagu naik ke pipi kemudian ke kelopak hidung & seterusnya ke dahi..Ulang langkah ini sebanyak 2x dan kemudian bilas dgn air hingga bersih."PENTING'-Jangan biarkan terlalu lama buih sabun di permukaan muka kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan jerawat.

2) Keringkan muka dgn menggunakan tisu, ambil kapas letakkan 2-3 titik toner/penyegar & sapu bermula dari dahi,hidung,dagu & pipi dengan arah sapuan bawah keatas.Ulangi langkah sebanyak 2x.

3) Penggunaan pelembap tidak digalakkan ini kerana kulit muka berminyak sudah punyai lembapannya sendiri,jenis kulit berminyak mukanya TIDAK akan merasa kering & tidak perlu di tambahkan lagi dgn mana2 produk yg berunsulkan krim. Jika di teruskan pakai jerawatnya TIDAK berkurangan malah akan tumbuh dgn banyaknya.

4) S.Block yg berunsulkan air atau gel amat sesuai di gunakan oleh mereka yg kulit berminyak & berjerawat.Penggunaan sunblock/pelindung matahari amat digalakkan untuk melindungi kulit dari pancaran matahari yg mengandungi UV yg hanya akan merosakkan kulit dan pertumbuhan jeragat di usia muda.

5) Penggunaan Acne Gel adalah perlu utk membasmi kuman2 jerawat dan tidak akan tumbuh lagi di muka.Elakkan dari pakai krim malam.

Kulit Kering & Kulit Normal

1) Pencuci muka adalah berbentuk krim atau foam yg berunsul lembapan adalah amat sesuai di gunakan.Cara cucian hendaklah basahkan dahulu muka dgn air & letakkan pencuci muka di atas tapak tangan sebesar duit sepuluh sen tambahkan sedikit air gosok di tapak tangan hingga keluar buih dan kemudian sapukan dimuka di mulai dari dagu,pipi,hidung & dahi buatkan arah putaran lawan arah jarum jam.Ulangi langkah2 putaran sebayak 2-3 kali dan kemudian bilas dgn air sehingga bersih.

2) Keringkan muka dgn menggunakan tisu,ambil kapas letakkan 2-3 titik penyegar/toner dan kemudian sapu di muka bermula dari dahi,hidung,dagu & pipi.Pastikan arah sapuan dari bawah keatas.Ulang langkah yg sama sebanyak 2x.

3) Gunakan krim/pelembap untuk memberi lembapan pada wajah.Picit atau colekkan sedikit sebesar duit sepuluh sen letakkan di atas telapak tangan jadikan 5 titik, 1 di atas dahi, 1 di atas hudung, 1 di atas dagu & 1 di tiap2 kiri/kanan pipi.Ratakan mengikut arah tengah ke tepi dimulai dgn dahi.hidung,dagu & pipi.

4) Anda boleh memilih sunblock berbentuk foundation yg siap dicampurkan dgn alas bedak.Di sini anda tidak perlu lagi di tambah dgn bedak asas yg lain. Memadai sunblock+foundation yg sedia ada.

5) Penggunana Krim Malam adalah perlu untuk mencerahkan kulit muka serta menghilangkan jeragat dan melembapkan kembali kulit wajah.

PENTING : Muka perlu dicuci sekerap yg boleh iaitu 3-4x sehari bg mereka yg punyai kulit muka Berminyak & Berjerawat untuk memastikan muka sentiasa kering dan bebes jerawat. Manakala kulit Kering & Kulit Normal hanya perlu cuci 2-3x sehari.

Penjagaan hujung minggu gunakan scrub,serum,masker bagi mereka yg berkulit Kering & Normal.Manakala yg berkulit Berminyak & berjerawat ELAKKAN dari menggunakan SCRUB kerana ia hanya akan membanyakkan lagi jerawat anda ketika anda menyental muka.Dapatkan rawatan Facial di Pusat-pusat Kecantikan yg berdekatan utk memberi kebersihan yg total..

Maklumat @ pertanyaan lanjut boleh hubungi saya ditalian 016-6293007 Pn.Nelly..


Sunday, 14 October 2012

FACIAL..Kini TIDAK Sakit lagi..

Ada segelintir berpendapat bahawa facial menyakitkan.Muka akan jd merah & bengkak selepas dirawat..Adakah ini benar.? Rawatan Facial & Spa amat diminati dikalangan wanita mahupun lelaki yg berkejaya masa kini.Cara @ kaedah rawatan facial yg dilakukan oleh terapi yg melakukan rawatan adalah penting utk memastikan muka tidak merah & bengkak.Pastikan terapi yg mengedalikan adalah yg terlatih & berpengalaman.

Ramai diantara kita berfikir bahawa rawatan facial ini mudah utk dilakukan dirumah mahupun di pusat-pusat kecantikan.Akan tetapi ia tidak semudah seperti yg disangka.Bagi seorang Terapi Kecantikan teknik dan cara urutan yg betul perlu dititik beratkan.Mengenal pasti jenis rawatan yg sesuai utk satu-satu individu adalah berbeza dr segi jenis kulit & masalah yg dihadapi oleh setiap pelanggan yg dtg..Setiap masalah yg diajukan mesti ada jawapan & jalan penyelesaian.Secara umumnya sel kulit mati akan tumbuh setiap 28 hari selepas rawatan.Facial perlu dibuat sekerap 2x sebulan utk memastikan kulit muka sentiasa segar,licin dan gebu.Bayangkan sekiranya ada diantara kita TIDAK PERNAH MELAKUKAN FACIAL maka mukanya akan menjadi TEBAL,KASAR,KUSAM dan GELAP. Ungkapan kata-kata KULIT NIPIS biasa kita dengari apabila seseorg itu mula memakai apa-apa produk yg punyai proses penglupasan.Istilah nipis yang dimaksudkan adalah nipisnya sel kulit mati yg telah lama menebal di pemukaan kulit muka dan bukannya kulit muka asalnya..Pengunaan produk penglupasan hanya menpercepatkan proses mengeluarkan sel kulit mati dari lapisan luar kulit muka.Penglupasan akan terhenti sekiranya tiada lagi sel kulit mati yg degil melekat diwajah.Cara yg PALING SELAMAT utk menganggalkan sel kulit mati adalah dengan melakukan FACIAL.

Setelah mengenal pasti masalah & jenis kulit,langkah pertama cuci dgn mengunakan cleansing milk/susu pembersih(utk menanggalkan makeup) kemudian penggunaan clensing foam/soap(bergantung kpd jenis kulit),disusuli dgn scrub(utk kulit jerawat tidak boleh discrub ini kerana ia akan merebakkan lagi pertumbuhannya).Wap sejuk digunakan utk melembutkan liang roma (penggunaan wap panas tidak digalakkan kerana muka akan menjadi merah),vakum @"skin scruber"(menyedut keluar segala kotoran,jerawat,bintik hitam/putih,minyak2 muka serta sel kulit mati).Pengguna serum memain peranan yg besar dlm rawatan,pemilihan serum yg betul adalah penting utk menyelesaikan masalah kulit yg dihadapi.Serum disapu keseluruh muka dgn urutan lembut seolah membelai wajah dgn penuh kasih sayang dgn arah urutan menaik(dari bawah dagu ke atas).Di ikuti dgn penggunaan "gavenic"utk pencepatkan proses penyerapan dan utk mengangkat semula otot2 muka yg lesu.Di akhir rawatan pengunaan masker/pupur utk melengkapkan rawatan facial tadi.Cara serta kaedah baru ini tidak diperlukan lagi pengunaan "extraction"@ pemicitan jerawat,bintik hitam dan bintik putih.Muka tidak lagi menjadi merah atau bengkak.Kulit menjadi halus,licin dan cerah setelah selesai rawatan.

Ingin mencuba rawatan facial boleh hubungi 016-629 3007 Pn.Nelly Arifin pemilik Putri Timur Spa utk tetapkan temujanji..PASTI FACIAL TIDAK SAKIT LAGI.!! SELAMAT MENCUBA..

Sunday, 7 October 2012

JERAWAT CACATKAN PENAMPILAN??

 Apa itu  JERAWAT??
Jerawat terbahagi kpd beberapa jenis iaitu Jerawat Batu,Jerawat Pasir & Jerawat Resdung..

Apa perbezaannya??
Bagi jerawat batu saiznya yg agak besar,membengkak serta bernanah..Jerawat pasir iaitu jenis jerawat yg bersaiz kecil,halus & berbiji-biji..Manakala jerawat resdung ianya membengkak merah,tumbuh rapat2 diantara satu sama lain & tidak bermata
.
 Apa yg menyebabkan berlakunya jerawat??
Kebersihan adalah faktor utama kerana  ketiadaan displin dlm penjagaan harian seperti rutin setiap hari mencuci muka setelah seharian keluar berkerja & memakai mekap yg tebal (bg wanita).Tiada pengetahuan mengenai penjagaan kebersihan diri & pesekitaran serta pemakanan yg tidak seimbang banyak menyumbang kepada berlakunya pertumbuhan jerawat.

 Apa kaitannya??
Apabila seharian kita keluar berkerja,kita terdedah kpd habuk,udara yg kotor,asap2 dr kenderaan,mekap yg tebal,muka yg berminyak,kuman-kuman bakteria yg terdapat didlm udara yg kita sedut setiap hari.Segala kotoran td akan melekat diwajah sehingga meyebabkan liang roma kulit muka kita akan tersumbat & akhirnya mengakibatkan tumbuhnya jerawat.

 Bagaimana cara utk mengatasinya??
Muka perlu dicuci setiap hari menggunakan sabun pencuci @ gel pembersih muka.Elakkan dr memakai sebarang produk jenis yg bercream baik siang atau pun malam.Bagi mereka yg berkulit berminyak & berjerawat perlu mencuci muka lebih kerap iaitu 3x sehari (pagi,tgh hari & mlm) berbanding mereka yg berkulit kering & normal hanya 2x sehari (pagi & mlm) sudah memadai.
Amalkan makanan seimbang iaitu banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tomato.Kerana dlm tomato (bahagian yg masam) terdapat beberapa jenis vitamin A,B,C & E yg dpt mengawal pertumbuhan jerawat & membasmi kuman punca jerawat serta menghilangkan parut.Minum banyak air masak secukupnya iaitu 8 gelas @ 5 botol air mineral bersaiz kecil sehari.Bagi mereka yg punyai jerawat jenis resdung dilarang memakan ayam,telur & makanan laut kecuali ikan.Cuba tahan nafsu makan selama sebulan pastinya hilang semua jerawat..(belum cuba belum tahu)

Ada MITOS yg mengarut mengatakan "Kulit muka berjerawat tidak perlu dicuci selalu jika tidak kulit akan jadi kering & akan menjadikan muka berminyak".KENYATAAN INI TIDAK BENAR SAMA SEKALI..!!

Kulit manusia terbahagi kepada 5 jenis iaitu kulit normal,kulit kering/matang,kulit berminyak,kulit sensitif & kulit kombinasi diantara kering & berminyak.Cara utk mengenali kulit berminyak ialah liang roma @ pori-pori kulit muka agak besar & mengeluarkan minyak yg banyak jika berada di tempat yg panas atau terdedah kpd matahari secara terus.Kulit kering tidak menghasilkan minyak kerana kekurangan lembapan air didlm tubuh & liang romanya agak rapat.Meraka yg berkulit kering/matang biasanya berlaku kepada org yg telah berusia didlm lindungan 40 tahun keatas.Mereka ini perlu menggunakan cream utk melembapkan semula kulit. Manakala kulit sensitif akan kelihatan beberapa utas urat tertera dipipi.Mereka yg berkulit seperti ini perlu berhati-hati dlm memilih produk pencuci muka jika tidak muka akan mudah merah & mengelupas teruk jika tidak sesuai dgn kulit.Bagi kulit kombinasi ianya campuran antara kering & berminyak.Kawasan yg berminyak akan berlaku di permukaan dahi,hidung & dagu manakala kawasan kering berada di bahagian pipi..Akhir sekali kulit yg paling cantik iaitu kulit normal,mereka yg punya kulit sebegini amat beruntung kerana liang roma yg cukup halus & kadar lembapan yg semulajadi,tidak terlalu berminyak & tidak pula terlalu kering.

Cara lain utk rawat jerawat adalah dgn dtg ke mana-mana Pusat Kecantikan dapatkan Rawatan Facial yg bersesuaian dgn masalah yg dihadapi serta nasihat dari Perunding/Juruterapi Kecantikan yg punyai kepakaran dlm bidang berkaitan & bertauliah.Dilarang sama sekali memicit sendiri jerawat kerana ianya akan meninggalkan kesan parut hitam, pemukaan kulit muka akan berlubang serta  merebaknya kuman bakteria keseluruh muka pastinya akan mencacatkan penampilan.Serahkan kepada pakar & ikut nasihat yg diberi Insya Allah berkesan.

Friday, 5 October 2012

Peraduan Testimoni Terbaik

Peraduan Kini Bermula Kongsikan Pengalaman Anda ketika membuat rawatan di Putri Timur Beauty & Spa.Testimoni terbaik akan Manerima :-
Hadiah Utama Pakej Rawatan Kecantikan & Spa bernilai Rm250
Hadiah Tempat Ke 2 Pakej Rawatan Spa bernilai Rm200,
Hadiah Tempat Ke 3 Pakej Rawatan Kecantikan bernilai Rm100 serta 50 Hadiah Saguhati bernilai Rm50 utk di menangi..
Emailkan testimoni anda ke nelly.putritimurbeautyspa@gmail.com atau di facebook/pages www.facebook.com/Putri-Timur-Beauty-Spa/117090441766886. Emailkan bersama gambar anda sebelum & selepas rawatan berserta Nama Penuh, No.Tel dan Alamat utk diposkan hadiah..Bagi mereka yg memenangi peraduan ini testimoni anda akan di gunakan utk promosi-promosi di media cetak & media eletronik yg akan dtg.Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan..
Peraduan ini akan tamat pada 30 Okt.2013..Terbuka kepada semua pelanggan baru mahupun yg setia bersama kami..Jangan Lepaskan Peluang Keemasan ini.